Monday, August 15, 2011

Misteri Ilmu Batin...

(gambar hiasan)

Salam subuh.. salam 15 ramadhan.. alhamdulillah... kita dah sampai di separuh ramadhan... sudah masuk ke fasa pengampunan.. mungkin kita ada mensia2kan ramadhan pada tahun ni.. tpi smoga dalam fasa ini kita masih lagi berada dalam rahmat Allah dan pengampunannya..

jam mnunjukkan 6.25am... aku masih atas meja.. selesai solat subuh dgn ayah... sjak ramadhan aku mmg tiap2 hari jemaah subuh dgn ayah.. abg ke surau tiap2 subuh.... kakak macam bse lah dgn suami dirumah.. cume pagi ni aku terasa nak kupas topik berkenaan ilmu batin... walau aku bknlah org yg tahkik mngenai perkara ini. tetapi aku rasa xsalah kalau nak berkongsi pengetahuan ni walau cume stitis jika nak dibanding dgn lautan..

Ilmu batin ni selalu dikaitkan dgn ilmu kebal... jalan atas api... tikam tak lut dan sebagainya... ilmu batin juga biasa juga boleh dipanggil dgn kebatinan.... dn ilmu batin biasanya dikaitkan dgn jalan pintas untuk selamat.. dan kita sebagai org melayu mmg femes dgn benda2 camni... kebatinan ni paling besar dikaitkan dalam silat2 melayu.. dan atas sebab tu lah byk parents tak benarkn anak2 mereka terlibat dgn silat... bimbang terkena tahyul dan khurafat yg terkandung dalam silat melayu.

tpi sedarkah kita apa maksud sebenar ilmu batin? sbenarnya masyarakat hari ni dah salah faham mengenai konsep ilmu batin yg sbenar... aku salu borak2 dgn pesilat2 yg bukan dari aliran persilatan yg sama dgn aku.. pendapat mereka mengenai ilmu batin sgt3 berbeza..

"org dlu kalau gado mmg salu pakai ilmu batin kot"

ni lah antara ungkapan standard yg aku dnga dari mereka.. pernah jgk aku berdebat sampai tumbuk meja berkenaan ilmu batin ni... org yg aku debat tu hosmet aku... masa tu kami dikedai mamak dan die mmg aliran dari sebuah persilatan.. xyah la sebut silat ape.. rupa2nya masyarakat hari ni mmg sgt keliru berkenaan ilmu batin...

ilmu batin biasanya dikaitkan dengan ilmu beladiri (gambar hiasan)


aku telah cuba menerangkan konsep ilmu batin yg sbenar kepada sape2 yg pernah bangkit kan hal ni kepada aku.. sungguhpun aku telah kupas dgn teliti agar die tidak keliru.. tapi minda mereka masih lagi xle trima dan tetap menganggap ilmu batin adalah sesuatu seperti ilmu kebal, jasad tak terbakar, tnam xmati dan sebagainya.. bgitulah kuat penangan kesilapan konsep kebatinan hingga minda masyarakat hari ni menjadi jumud dalam masalah ni...

sebagai mukaddiah utk post ni, boleh la aku katakan bahawa segala ilmu yg berkenaan yg telah disebutkan di atas adalah BUKAN ILMU BATIN. jika kita menyebut perkataan ilmu batin, kita sendiri harus faham apa maksud "batin" itu sendiri.. batin bermaksud dalaman... sesuatu perkara yg tak nampak.... ada juga org salah faham.. mereka berkata anggota luaran adalah anggota zahir.. sbb boleh nampak... dan anggota dalaman seperti organ2 adalah anggota batin sbb xle nampak.. juga salah... batin adalah perkara yg btol xboleh dilihat dgn mata kasar... jadi dalam batang tubuh manusia yg Allah jadikan.. batin sebenar2 batin adalah bermaksud roh itu sendiri.. tiada kene mngena dgn anggota2 zahir kita.. batin ini adalah sesuatu yg menerima kemusnahan tapi xkan mengalami kemusnahan.. itulah sifat roh...

hakikat sebenar manusia adalah jasad yg ade sekarang bukanlah diri kita.. tetapi diri kita yg sebenar adalah roh... maka jika kita sebut mengenai ilmu batin jadi sebenarnya kita mnyebut mengenai ilmu roh.. roh memerlukan makanan dan makanannya adalah amalan yg baik dan berterusan.. ramai antara kita hanya mengenyangkan zahir tapi hakikatnya batinnya kebuluran..

jadi kalau tetak tak lut tu bukan batin... kalau kebal itu bukan ilmu batin... kalau tanam tak mati itu bukan batin... apa bnd tu sume??

nama sebenar bgi ilmu2 diatas bukan lah kebatinan.. tpi yg paling tepat adalah "ilmu2 mencarik adat". Maksud mencarik adat adalah manusia melakukan sesuatu yg bertentangan dgn hukum alam dan hukum akal.. contoh.. adat dunia adalah jika tubuh ditikam maka akan luka.. dan ia menjadi mencarik adat jika tubuh dtikam tapi tidak luka... maka itu mencarik adat.. contoh lain... hukum akal mengatakan tubuh dibaka akan melecur.. ia menjadi mencarik adat bila tubuh dibakar dan tidak melecur.. maka itulah mecarik adat..

maka perkara2 ini dalam Islam dipanggil Hariqul Adat.... perkara2 Hariqul adat ini boleh trjadi kepada manusia dgn izin Maha Kuasa.. tpi ada peringkat2nya.. pertama skali ia boleh terjadi pada para nabi iaitu dpanggil mukjizat.. kedua ia boleh terjadi kepada para wali dan dipanggil keramat atau karamah.. ketiga ia boleh tejadi kepada golongan mukmin dan dipanggil hikmah atau Ma'unah. dan yg terakhir ia boleh tejadi kepada golongan sesat dan kafir dan ia dipanggil istidrat atau sihir.


tpi masyarakat hari ni dah salah label ilmu2 ni.. mereka dah label ilmu2 hariqul adat adalah ilmu2 batin... walhal hakikat sbenar ilmu batin adalah penggantungan bulat2 kepada Allah swt dan bukan perggantungan kepada ayat2 tertentu untuk menyelamatkan diri dan melakukan perkara2 yg bertentangan dgn hukum akal..

haruslah kita faham bahawa perkara mencarik adat boleh berlaku tapi melalui saluran yg btol... dan harus kita faham perkara mencarik adat bukanlah ilmu batin.. perkara mencarik adat hny berlaku kepada golongan2 alim dan org2 yg memperoleh pertolongan dari Allah.. mereka adalah golongan yg terpilih kerana amalan dan ketqwaan mereka yg tidak berbelah bagi kepada Allah taala.. bukan melalui SESETENGAH persilatan yg menawarkan ilmu batin sebagai bahan terakhir atau stage terakhir dalam menamatkan ilmu mereka sebagai tanda ketinggian ilmu masing2...

Sebagai manusia kita dikurniakan pancaindera, akal dan qalbu untuk menilai baik buruk sesuatu itu... cukuplah sampai sni.. penerangan ini sebnarnya cukup ringkas dan pendek.. kalau nak kupas lagi mendalam xmuat blog aku ni.. mungkin lebih elok jika para pembaca merujuk kepada para ilmuan yg lebih alim akan perkara ni..

wallahualam..

1 comment:

  1. Assalamualaikum warahmatullah wabaraqatuh..Saya mencari perawat disekitar, untuk rawatan secara dekat, saya termakan makanan dari ilmu guna-guna, beratus benda halus di hantar kepada saya..

    email saya : tubuhsatu@gmail.com

    ReplyDelete