Sunday, January 31, 2010

Aku dan Ragbi


pagi tadi pergi klas.. tgh tggu letcurer nak dtg tiba2 terimbas semula kenangan zaman sekolah. waktu tu dalam tingkatan 3. aku pernah aktif dalam sukan ragbi dlu. mula berjinak sejak tingkatan 1. mula serius dalam tingkatan dua. dan menjadi darah daging pada tingkatan 3. tpi sekarang ragbi bukan lagi jalan hidup aku. yang tinggal hanyalah kenangan bersama rakan2 ragbi yang sekarang entah kemana semuanya.

masa main ragbi ni aku taklah sehebat mana. selalu kne mara dengan kapten. lembab la ape la. kadang2 sampai putus asa pun ada. kelakarnya aku ni main ragbi. tapi tkut sakit. adoi. tackle org pon sure nak xnk.. main pn kdg2 nak nampak macho je. hahahahha... tu yang tak menjadi sbb buat kje tak ikhlas. dalam dunia ni kan kalau buat bnd tak ikhlas mmg tak jadi.. mmg tu lah undang2nya.

sejarah terukir dalam hidup aku masa tingkatan 3. tournament masa tu nak dekat. lagi 2-3 minggu. macam biasalah aku wakili SMK Jalan Reko. tournament masa tu diadakan di UKM. buat pertama kalinya aku diberi kepercayaan untuk menjadi Sprinter dalam team kami. Sprinter ni adalah Winger la kalau nak bagi korang paham. orang yang jadi sprinter ni akan dok tepiiiiii skali dan akan menjadi tukang pecut kalau bola sampai kat tgn die. so itulah posisi aku dalam team untuk tahun tu. rasa bangga jugaklah jadi 1st team.

dipendekkan cerita team aku ni ade 3 match.. semuanya kalah.. hancus betul.. xpe.. mmg tiap2 taun camtu.. aku xmasuk ke masuk ke mmg kalah.. pasukan reko ni salu jadi belasahan. musuh ketat kami masa tu adalah Highschool. mana taknye.. masa kami trening ptg2 coach highschool lepak tepi padang usha kami trening. bapak kurang aja... psycho gle... budak2 highschool pon sket punya kerek ngn ktorg.. mmg camtu la.. xle jumpa cnfrm gado..

yang plg takle belah masa tu senior ktorg lawan kat padang sebelah. tgh lawan ragbi tiba2 jadi pergaduhan besa lak antara Reko ngn Highschool. hahaha.. org lawan ragbi yang korang gi bertumbuk tu pehal.. yang paling kelaka dgn referee skali kne tumbuk.. elok la tu.. padan muka.. berat sebelah mmg la kne buah tgn dari kami.

team aku lak mmg dah sume kalah. soooo masuk la loser pool.. ok la tu.. ade 2 match.. kali menang satu match.. tu pn nasib kot. tapi match ni aku presure gle... aku ada byk wat silap.. mampos senior2 mara aku kaw2.. mmg tensen sampai rasa xnk main lagi... segala perkataan mencarut sume lempar kat aku.. satu team benci aku... aku mmg xle tahan.. masa tu satu je aku ingt... Tuhan... betapa ketenangan aku tak dapat sbb aku lupakan die hanya kerana ragbi.. mana taknya.. yg g pakai seluar pendek watpe... bukan nak pakai tight untuk cover lutut. hmm..

masa tu Guru penasihat kami Cikgu Zulhelmi tau2 je aku tgh down. tbe2 die tego aku yg tgh dok sorg2.

"Wan.,, jom ikut saya balik umah jap.. nak amik barang"

aku pon naik la van die ke rumah die... pelik.. dalam2 byk2 budak aku jgk die pilih. mmg naluri bapa cikgu ni sgt kuat.. on da way nak ke rumah die tiba2 die bersuara "nak main ragbi ni kne betul2.... kalau tak seyes mmg tak jadi".. aku terdiam mendengar... dalam hati hanya mengiakan saja..

sampai dirumahnya cikgu kenalkan aku pada isterinya... aku disapa dgn rmah sekali... diberi makan.. mmg dilayan macam anak.. aku diizinkan solat dibilik anaknya... dilayan dgn pnuh istimewa.. selepas solat aku sempat berdoa supaya diampunkan dosaku kerana lupa untuk bertawakal pada Nya hanya kerana leka bermain. lepas tu hati sgt tenang.. tapi rasa benci masih meluap terhadap team aku..

aku dan cikgu Zul terus meninggalkan rumah.. kami dilambai mesra isteri cikgu.. sampai padang aku tgk semua dah siap... member aku Lokman menyapa aku yang belum sempat turun dari van cikgu "wan.. cepat sket.. match dah mula.. budak2 cari ko".

aku dengan muka selamba dan hati yang menyampah turun dari van dan terus sarung jersi... tak warm up tak ape tros menuju padang yang team aku dah tggu aku.. match hamper dimulakan.. referee minta kami bersedia.. tiba2 Risdan, senior kami jerit kat aku "Ey wan!! ko main macam taik lagi siap ko!!" aku hanya jeling menyampah..

"prriiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiitt!!!!!" referee tiup wisel.

salah seorang pihak lawan kami menyepak bola ragbi. kami lawan team Highschool musuh ketat kami.. dan ini adalah Final untuk looser pool... masuk final tuuuuuu...

Aku merenung tepat bola yang disepak.. bola btol2 datang kearah aku.. aku terus sambut dan peluk erat bola.. pecut kedepan menuju ke tmpt touch... sekor budak highschool datang nak tackle aku.. "paap!" aku tampa tengkuk die lantas tergolek.. aku terus sprint. tak toleh belakang.. 15 budak highschool keja aku kat belakang.. tak dapat keja yob~ laju btol aku lari..

"pap!!" aku kne teckle ngn Fullback highschool. Benny namanya.. dia ni satu skola rendah ngn aku.. mmg kbetulan.. tackle die telepas.. aku mmg nak jatuh tapi masih berlari.. member tepi padang yang bersorak dah terpekik "adoiii. jatuh la ni... abislaa"

tapi tiba2 aku masih boleh berlari walau nak jatuh n dapat imbangkan badan dan terus pecut macam biasa.. garisan score dah dekaaaattt.... "Tap!!!" aku touch...... "horeeeeeeyyyyy!!!!!" team aku yg tgh padang ngn tepi padang sume bersorak... referee lambat tiup wisel sbb tercengang.. tak pnh die tgk org touch tak sampai 1 minit lepas wisel ditiup.. aku bgn dan sepak bola ragbi jauh2 pastu menjerit kuat2 melepaskan geram... airmata kemarahan keluar... the beast has been unleashed!!!

semua lari ke arah aku an peluk aku... "macam tula wan!!" kapten senior aku Nizam jerit kat aku sambil peluk aku.. perlawanan dimula balik.. budak2 highschool dah presure... pomm!! bola disepak balik.. tapi kali ni dorg tak sepak ke arah aku... dah serik agaknya.. takut aku touch lagi.. hahahah...

perlawanan 15 minit.. 15 minit kami rasa macam 15 jam.. cepat la abiiiiiss... tu je la yang kami pikir.. "prittttt!!!" wisel penamat ditiup... "woooooooooooooooooooooooooooooooooooo!!!" semua team bersorak keriangan.. semua menuju ke arah aku dan lambung aku tinggi2.... mak aih.. aku tak penah disanjung begini... berkali2 mereka lambung aku... mmg bahagia bila berada di atas..

perlawanan selesai.. budak2 highschool sume menangis.. tak pnh kalah ngn jalan reko tiba2 aritu kalah... dorang sume kne paggil kat tepi padang kne mara ngn coach.. hahahaaaaaaaaaaaa~~ padan muka korangg... aritu psycho datang padang ktorg tgk ktorg trening... skang apa cite????

semua beransur ke khemah kami.. aku yg paling lambat berjalan... lantas aku berlari anak sbb dah jauh tetinggal dari kawan2... aku melintas satu khemah yang mana ramai remaja laki yg menonton ragbi ada kat situ.. tiba2 sorang jerit. "haaaa!! ni star die"

"hooooooooooooo!!!~" sume bersorak... aku balas dengan tabik spring pada dorg.. thx sbb menghargai... aku sampai ke tempat team aku dan mula meraikan kemenangan..

esok aku gi skola macam biasa... sejak aritu sume paggil aku "Star".. hahah... ni la gelaran paling tggi dalam team ragbi kami... aku tak sangka aku akan dapat...

kesimpulannya ni la berkat doa... Tuhan sentiasa mendengar doa kita... Dia sentiasa ternanti nanti doa hamba2nya.. Sampai malaikat penah tanya pada Allah "mengapakah Engkau tidak makbulkan lagi doanya Ya Allah?" Lalu Allah menjawab. "Aku suka mendengar rintihannya" Itulah Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Tuhan tak pernah menolak doa kita.. bila kita berdoa Dia akan memberi salah satu jawapan dari 3 jawapan kepada kita.

pertama ialah "Aku makbulkan doamu"
Kedua ialah " Aku akan makbulkan.. tapi bukan sekarang"
Ketiga adalah " Aku ada rancangan yang lebih baik untukmu"

Tidak sekali2 dia menolak doa hamba2nya.. Sentiasalah berdoa kepadanya tanda kita mengingatinya... Allah.. meremang bulu roma aku taip post ni... Ampunkan dosaku YaAllah..

Sunday, January 24, 2010

Cuti juga..


Wah... badan aku perlukan rehat... skang seminggu uniten cuti.. macam kebetulan lak nak kasi aku rehat... 2 test dah lepas... bukak cuti tggl lagi 1 test yang tough... so cuti2 pun kne prepare.. cuti2 jugak klas tusyen yang aku ngaja still on... sronok jugak ade pengisian cuti ni.. xde la cam cuti sem2 lepas.. melanguk je kat katil time2 cuti..

terasa dah ade tanggungjawab sekarang. dah ada halatuju hidup.. hidup pun makin tenang. dah mula merancang masa depan... dah mula merancang tindakan susulan. skang ade kat umah.. seminggu.. dah lama tak lepak dgn famili... mggu dpn kembali sibuk.. so manfaatkan masa cuti ni dgn famili sgt lah bagus utk aku yg dah lama x bersama famili....

bukak cuti nnt sambung balik rutin harian... weekdays going to class.. malam bersilat +ngaja tusyen.. weekend polak dipenuhi dgn komitmen2 lain.. kalau xde komitmen lain baru la dapat bersama famili... ayah pon dah mula percayakan aku... prcaya yang aku boleh bawa diri.... cuma mak je tiap2 minggu call... tiap2 ari jumaat mesti sms "bila nak balik"... comel btol..

walaupun kadang2 sibuk.... namun tetap balik juga kerumah walaupun seketika... walaupun penat... dapat tgk wajah adik bongsu dah ckup menceriakan... tadi masa aku balik rumah die tunjuk kereta mainannya yang baru.... main xabis2.....

so cuti tetap cuti... tapi dalam cuti ade kje... uurrmmmm.....

Saturday, January 16, 2010

Ayah.. betapa anakanda rindukan Ayah..


"Wan sayang ayah"... itulah ungkapan yang ingin saya luangkan dari dulu lagi ditelinga ayah.. tapi masih lagi tak terkeluar hingga sekarang... benarlah.. lelaki hanya lebih menyayangi melalui perbuatan... sungguhpun bila bersama ayah hanya ayah saja yang bercakap berbanding aku.. tapi aku lebih seronok begitu.. jarang2 aku berbual seperti kawan2 dengannya...

Ayah adalah insan yang aku sanjungi sejak kecil.. dalam adik beradiknya dialah yang paling dihormati walaupun dia bukan yang sulung. Dikalangan kawan2nya dialah yang paling dikenang dan disanjungi.. lansung aku tak pernah denga perkara yang tidak baik berkenaannya dari mulut sesiapa sahaja.. betapa aku ingin jadi seperti ayah.. ayah merupakan seorang tentera di zaman mudanya hingga umurnya 40an.. ayah sangat pandai dalam pelajarannya... tapi disebabkan keluarga ayah tak mampu menanggung perbelanjaan pendidikan... ayah mengambil keptusan untuk menyertai tentera... dalam umurnya 20 tahun ayah dah mula menghulurkan duit pada atuk...

ayah lebih memikirkan orang lain dari dirinya.. sifatnya adalah rela berkorban untuk kebahagiaan orang lain.. itulah didikan yang diberikan kepada aku.. JANGAN PENTINGKAN DIRI.. dan aku jadikan amalan hingga sekarang..

Ayah tidak akan marah anak2nya selagi anak2nya menunjukkan hormat padanya.. aku akui... aku adalah anak lelakinya yang selalu menjadi rujukannya dalam hal2 tertentu.. bila diajukan pandangan aku lebih untuk mengiakan pendapatnya... aku tumpahkan taat setiaku pada ayah sepertimana Hang Tuah menumpahkan taat setianya pada Sultan Melaka...

Pesanannya sentiasa terngiang di telinga dimana saja aku berada... pendekatannya walaupun kadang kala agar kasar, tetapi jauh disudut hatinya dia berbuat begitu kerana untuk mendidik kami anak2nya semata2... padanya.. "Biarlah aku dibenci. asalkan anak2 aku berjaya dan akan menjadi lebih baik dari aku... aku taknak ank aku hidup melarat bila aku tiada"

Nasihat2 tidak pernah lekang dari mulut ayah... ayah seorang yang sentiasa mengingati mati... setiap kali die berpesan pasti akan dimulakan dengan perkataan ini.. "Kalau sehari dua ni ayah mati............ ape la akan jadi dengan rumah ni"..

Ayah... Jika benar ayah pergi bila sampai waktu... Wan sendiri akn menguruskan jenazah ayah... bukan orang lain.. wan yang akan mandikan ayah... wan akan kafankan ayah... wan akan uruskan segalanya.. sebab wan anak ayah.....

maafkan segala dosa wan dari wan lahir hingga wan dewasa ayah.. wan sayang ayah...

Terima kasih atas sokongan semua...


Salam semua... dah lama saya tak update blog... hmmm.. bukan dah tawar ati... tapi byk btol komitmen yang saya berikan pada tugasan saya. dan byk juga komitmen pada orang2 lain dan juga orang yang saya kasihi...

Rindu juga saya pada orang2 yang rapat dgn saya yang dah lama saya tak jumpa.. termasuklah anak2 murid saya yang pernah saya ajar dlu.. betapa lelaki kasihkan sesuatu, tetapi tidak mampu diungkapkan dengan kata2... hanya mampu diluahkan melalui perbuatan.. lihat sajalah pada bapa2 kita..... mereka jarang mengatakan sayang pada anak2nya... tapi sayangnya ditunjukkan melalui perbuatan... dan perbuatannya dan jasanya selalu dilupakan oleh anak2.. anak2 hanya mengingati yang buruk2 sahaja... dimarah ayah, dipukul ayah dan sebagainya...jasa2 ayah tenggelam begitu saja...

Saya akan cuba update blog saya sekerap mungkin.. keingin untuk menulis sentiasa membuak.. tapi tahu sajalah.... buat masa ni saya memegang dua blog iaitu blog saya dan blog Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Uniten.. Tumpuan saya lebih kepada blog persatuan.. hingga blog saya dianak tirikan.. mungkin saya ni tiada bakat dalam poligami agaknya... so selamatla sapa kawin ngn saya... ade yang berkenan??? sila hantar borang pemohonan pada saya ya =)

waktu saya menaip post ini jam menunjukkan jam 2.23 pagi.. saya baru bgn pada jam 11 malam.. penat sangat sebab tadi ada sambutan hari tenaga pengajar Silat Cekak Hanafi dan saya adalah MC kepda majlis tersebut... penatnya jgn cakaplah... sibuk dgn test, assignment dan sebagainya.. tapi luangkan juga masa di sana... saya berbuat dengan harapan Allah memandang jasa saya dan membalas yang baik2 pada saya....

rindu juga saya pada keluarga yang dah lama saya tak jumpa... rumah saya dekat saja dgn uniten... ibu yang sentiasa menantikan kepulangan saya... tapi disebabkan komitmen pada pelajaran dan bnd lain, terbataslah masa saya bersama keluarga... sungguh saya rindukan belaian mak yang menenangkan... suara ayah yang mententeramkan.... aku rindu mak ayah..

terima kasih juga pada yang sentiasa menghantar komen pada shoutbox saya walaupun dah lama saya tak update blog.... sokongan anda amat saya hargai..

Monday, December 7, 2009

Aku dah Besa rupanya..


hmmmm... kebelakangan ni aku banyak dikejutkan dengan banyak tanggungjawab....tanggungjawab yang datang secara tiba2... semester baru sudah bermula... macam biasa.. bila start semester baru... semua akan cakap dalam hati "semester baru azam baru... aku xnk main2 sem ni.."

kih3... salu sgt denga. tapi last2 sangkut gak depan PC main game... study tak lagi... ni bukan hangat2 tahi ayam... dah hangat2 tahi anjing dah... klaka.. budak muda mmg camtu... susah kita nak cari anak muda yang panjang jauh kehadapan skang... kita nakkan anak muda yang matang dari umurnya sendiri.. tidak bergantung pada orang lain... malah tahu hala tuju hidup sungguhpun kita masih lagi dibawah tanggungan ibu bapa... kadang2 malu juga umur dah 21 tahun pun nak 1rm masih mintak kat mak....

Baru2 ni aku jadi AJK untuk Tun Mahatihir Letcure Series. Yang bagi talk kali ni adalah Raja Muda Dr Nadzrin Shah. Anakanda kepada Raja Perak. Aku sangat kagum dengan baginda. Sungguhpun hidup dalam kemewahan istana.. tapi masih mengejar ilmu. melalui latar belakangnya baginda mempunyai latar belakang pendidikan yang sangat cantik... ade dua PHD. Master lagila... Degree?? belambak... baginda telah ambil macam2 jurusan dan itulah membuatkan baginda menjadi anakanda raja perak yang bijak..

terpegun mendengar hujahnya walaupun dalam brbahasa inggeris... tapi pengisiannya sangat mendalam. Antara hujahnya yang menyebut "I challenge u all, do whatever it takes sincerely without hoping the matrial benefit.. trust me.. if u do it sincerely without hoping anything as returns, materials will come along."

Oh... menusuk kalbu betul ayat tu.. selama ni aku fikir belajar, dapat kerja, kumpul harta pastu hidup senang. Tapi bila fikir balik.. itu semua akan membuatkan aku menjadi hamba dunia.. akhirat pula akan tunggang langgang.. Dato Dr Fadzilah Kamsah ade bagi petua "kita taknak jadi berjaya, kita nak jadi sangat berjaya". hmmm... Aku cuba untuk gabungkan dua prinsip ni.. akhirnya aku dapat jawapan hanya dalam Silat Cekak. Silat Cekak mengajar "kita jangan sangat dalam sesuatu perkara. Biarlah bersederhana."

Skang baru aku faham.. kita mahu sangat berjaya, dan rancanglah kejayaan dengan sederhana dan jangan sangat dalam apa2 perkara. dan akhir sekali ikhlas dalam apa jua perkara tanpa harapkan balasan. dan selepas itu barulah harta akan datang. Maka pada aku dapatlah aku simpulkan kenyataan dari ketiga2 sumber ini..

Sekarang masa untuk melangkah kehadapan. Keja lak melambak.. praktikal dah nak dekat.. dah kene stat taip resume.. tutor lak menimbun.. nak kne siapkan... tutor ni kalau taknak buat pun takpe... tapi kalau nak pandai buatlah.. kan? btol tak? nak kejayaan mesti kne usaha maaaa.

Ok.. kata sibuk.. tapi yang dok taip post kat blog ni pehal? isk3... azwan nih...

Wednesday, December 2, 2009

Perlukah Anak muda dengan Amarah?


Hmmmm... hari ni saya dan ahli2 silat cekak uniten ade buat Gempur ke apartmen2 di uniten... tujuan perkara ni dibuat adalah untuk mengajak anak2 muda di uniten sertai kelas silat kami. kami menjalankan dakwah ini dan menebalkan muka mengetuk setiap pintu die apartmen untuk mengajak mereka belajar silat...

"Jom belajar Silat"

Itulah ayat yang sama kami laungkn setiap kali pintu dibuka.. dialognya semua hampir sama.

"Salam dik.. sori ganggu.. Kami dari Silat Cekak nak ajak semua anak muda melayu dan Islam di uniten ni untuk turun bersilat lah... Sooo kami pun nak ajak adik sertai silat nih.. dan kalau adik ade ape2 pertanyaan silat ni macammana keee,, kelas macammana keeeee.. 15 dan 16 haribulan ni datanglah upten ada bazar kelab dan persatuan.. kami pun akan buka booth. sooo kalau pintu hati terbuka datanglah berdaftar ye.. demo pon ade malam tu"


Semua sambut dengan baik... sambil tersenyum mereka mangambil risalah dan pamplet dari tangan kami. dengan harapan risalah yang penuh isi persilatan itu akan membuka minat mereka untuk mendalami seni pusaka bangsa ni. aku terus tersenyum melihat rakan2 turut bersama dalam mengembangkan seni bangsa melayu ni.

tapi mood aku trus berubah.. hanya bila aku mengetuk satu pintu ni dan seorang pemuda melayu berkaca mata membuka dan memandang kami dengan pandangan yang kosong. Kawan ku Faiz mengulang ayat yang sama untuk mengajaknya sertai silat. tetapi disambutnya dengan soalan yang kurang ajar.

"Apsal kne Islam lak? kenapa bukan Islam tak boleh?"
Dengan muka yang ingin mencabar mengiringi soalan tersebut. kawan2 ku semua terpaku.. tiada jawapan.. akulah ketua disitu dan aku terus berkata.

"Sebab Silat dan Islam tu tak dapat dipisahkan"

die memandang aku dengan pandangan yang merendahkan kata2 aku. dicabarnya aku lagi supaya menjawab soalan itu.

Aku pesan padanya sebab itulah die kne jemput datang ke booth kami pada 15 dan 16 hb. Dengan lembut aku bertanya lagi. "atau nak saya jawab sekarang?"

"Yela.. jawab skang ah"
jawabnya dengan nada kasa.

"Silat Cekak ni kalau kamu tahu ia adalah Silat Tauhid dalam nama lain.. kami bukan mengajar silat saja macam silat lain.. kami juga bawa nilai2 ugama dalam silat. sebab tu syarat nak masuk silat cekak kne islam"

Aku jawab sambil muka aku berubah marah. rkan2 diam terpaku tak berkata apa2.. badan menjadi ringan.. buku lima tergenggam kemas.. bibir terkatip menahan mara.

Dia balas semula " So kalau saya melayu, Islam dan taknak belajar Silat xpekan?"

Dengan masih menahan marah aku jawab "baguslah.. suka hatiii" sambil aku tenung tepat kematanya. seolah ingin menyahut cabaran darinya.

Tum! pintunya ditutup, muka aku terus berubah,.. rakan2 masih diam dan kemudian teruskan perbualan.. aku masih terdiam... entah apalah yang membuatkan aku jadi macamni..

teringat kawan aku namanya Izzat Kamel yng masa kami sekolah rendah dia ada katakan "Ko ni pantang kne cabar sket la wan"

Terngiang semula di telinga aku.. mungkin dah tiba masanya aku bersetuju dengan Izzat. Sbab selama ni aku menafikan perkara tu. Haih.. Aku tak kisah jika diasak dengan pelbagai soalan. tapi jika dengan nada yang kurang sopan atau secara terangnya dalam nada yang kurang ajar pasti mudah untuk aku hilang pertimbangan. Istighfar panjang aku dalam hati.. Perlukan anak muda sentiasa dengan amarahnya?

"orang muda... darah cepat mendidih"
Tula yang selalu dikatakan oleh orang2 tua.. walaupun sikap ni tidak elok.. tapi ia masih menjadi kebanggaan segelintir anak muda oleh ungkapan ini. tapi mereka hanya akan sedar bila menjelang tua dan anak mereka pula melakukan benda sama seperti apa yang mereka lakukan sewaktu muda dlu.

Haih... apa kesimpulan post kali nih? entah... korang pikir la sendiri... smpai lah gi kedai makan rasa meluap masih lagi ada sampai lah aku taip ayat ni.. Astaghfirullah......

Jadikanlah aku sebahagian dari orang2 yang sabar Ya Tuhan..............

Sunday, November 15, 2009

Perang Melaka-Portugis


Sejak di sekolah rendah kita diajar tentang kekalahan empayar Melayu Melaka ke tangan bangsa Portugis pada tahun 1511. Tidakkah anda tertanya-tanya mengapa begitu mudah empayar sebesar dan segagah itu telah tumbang, seolah-olah tiada langsung perlawanan. Buku-buku rujukan sekolah hanya memberitahu bahawa sebab utama kekalahan kita ialah persenjataan yang tidak seimbang. Kononnya bangsa kita hanya berjuang dengan keris, pedang dan lembing sahaja. Tambahan lagi kononnya Melaka tiada senjata mariam dan senjata api jika adapun ianya tidak setanding dengan Portugis. Betapa bebalnya orang melayu yang yang tidak mengenal mariam dan senjata api. ini antara tektik penjajah mahu meracuni bangsa Melayu, kononnya lemah, tidak berpengetahuan dan bodoh.



Masakan tidak! sebuah empayar yang besar dan sangat terkenal bukan sahaja di Asia malahan seluruh dunia tidak mengenali senjata api? Sedangkan bangsa pertama yang diketahui mencipta bahan bakar senjata api ialah bangsa Cina dan bangsa Cina telah menjalankan kegiatan perdagangan dengan Kawasan Nusantara sejak awal kewujudan tamadun mereka lagi. Manakala bangsa Arab yang terkenal membangunkan senjata api yang diambil teknologinya dari China itu juga diketahui umum sudah menjalankan dan perdagangan dengan Kerajaan-kerajaan Nusantara sejak sebelum Kelahiran nabi Muhammad lagi. Mana mungkin kerajaan yang di kagumi oleh orang-orang eropah yang mengatakan bahawa Melaka lebih kaya daripada Venice tidak mempunyai maklumat atau pengetahuan langsung mengenai senjata api. itu tidak masuk akal!!!

Sebenarnya persoalan ini sudah lama bermain di minda saya, seingat saya ialah sejak saya sekolah rendah lagi. Jika anda masih ingat di sekolah rendah kita diajar oleh guru bahawa Melaka kalah hanya kepada 1300 orang tentera Portugis sedangkan Melaka mempunyai lebih daripada 20 000 tentera termasuk tentera upahan dari seluruh pelusuk Asia. Sewaktu di sekolah menegah pula saya pernah bertanya kepada salah seorang guru sejarah, bagaimana Melaka boleh kalah, dan jawapanya ialah keranan orang Melayu zaman itu tidak ada pengetahuan dan tiada senjata api maka dengan mudah Portugis mengalahkan kita...bagi saya jawapan itu amat jahil bagi seorang guru! Maaf jika saya kurang hajar disini tetapi sememangnya kebanyakan guru sejarah di Malaysia ini sebenarnya agak buta sejarah rupanya. Mungkin mereka hanya mengajar sejarah kerana terpaksa dan tidak kisah samaada fakta sejarah itu benar atau salah, bak kata pepatah bagai melepaskan batuk di tangga.

Seorang lagi guru sewaktu saya berada dalam tingkatan enam pernah mengatakan bahawa betapa bodoh dan jakunnya orang Melayu pada zaman Melaka, kerana sewaktu Portugis menyerang dengan meriam mereka, orang Melayu Melaka amat terperanjat dan mengaggap orang Portugis menggunakan sihir. Menurut beliau lagi, beliau membaca kisah tersebut di dalam hikayat Hang Tuah. Bagi saya, Hikayat Hang Tuah bukanlah sebuah karya sejarah yang mutlak kerana ia adalah karya historical -fictif. Kebanyakan daripada isi kandungan Hikayat tersebuat adalah mitos dan lebih kepada sebuah karya satera dan bukan karya sejarah. Malahan sebenarnya ilmu masyarakat melaka mengenai senjata api adalah setanding dengan orang barat. hal ini dapat dibuktikan dengan catatan Portugis sewaktu berlakunya perang melaka. Menurut catatan ini selepas Melaka berjaya ditawan, tentera Portugis telah berjaya merampas lebih kurang 3000 pucuk senjata api yang berupa meriam, lantakas, istinggar dan bermacam-macam lagi. Alfonso de Albuquerque juga dikatakan telah merampas sebuah meriam yang sangat besar serta mengagumkan dan meriam ini telah diberikan sebagai hadiah kepada raja kerajaan india yang telah membantu Portugis dalam serangan ke atas Melaka.


Persoalan yang timbul dan perlu dikaji amat banyak. adakah cara berperang masyarakat Melayu zaman itu betul-betul barbarian? kalau cara barbarian, bagaimana dapat mewujudkan empayar yang sekuat itu sehingga diakui oleh negara China dan dapat mengalahkan serangan Siam (Thai). Ingin saya beritahu disini bahawa Pada zaman Dinasti Ming China, Maharaja China telah menerima kedatangan sultan Melaka iaitu sultan Muzaffar Syah dan melayan baginda dan seluruh ahli rombongan mereka demgan layanan yang amat grand. selain itu catatan China juga ada menyatakan bahawa Maharaja China menghadiahkan cop mohor,Jubah Kuning Maharaja dan Payung Obor-obor sebagai tanda menerima kedaulatan Melaka dan Sultannya. Sultan Melaka juga dihantar pulang dengan hadiah yang berupa sutera, emas perak dan sebagainya.

Hal ini menunjukkan bahawa Kerajaan Melayu Melaka pada waktu itu adalah sebuah kerajaan yang amat penting, kaya dan bertamadun. Jika tidak masakan kerajaan China sanggup melayan sebuah kerajaan dan bangsa yang dikatakan barat sebagai tidak bertamadun dan barbarian. Seperti yang kita tahu, Maharaja China mempunyai pandangan yang amat berbeza dan rigid dalam membezakan diantara sebuah bangsa bertamadun dan bangsa barbarian, malahan orang eropah pada zaman dinasti Qing dinggap sebagai bangsa yang tidak bertamadun malahan Kerajaan China tidak membenarkan sebarang hubungan dengan mereka. Selain itu Melaka juga adalah tanah naungan kerajaan Turki Uthmaniah diakui sebagai penguasa sebelah timur, juga bertindak sebagai penyebar agama Islam. dikatakan kerajaan turki ada mengirim bantuan, tetapi sayang dihancurkan di lautan sebelum sampai ke Melaka!


terlalu banyak rahsia bekas kerajaan silam yang telah dan masih perlu dicari demi membuktikan bahawa ummat Melayu Nusantara adalah bangsa yang amat hebat di zaman silam. bangsa Melayu adalah satu bangsa yang amat mahir dengan dunia pelayaran dan amat pandai bermain dengan lautan. Bangsa Melayu memiliki kapal besar yang mampu belayar di lautan lepas. bangsa Melayu cukup mahir dengan ilmu di lautan seperti rahsia penentuan utara, selatan, timur dan barat. begitu juga dengan rahsia tiupan angin.


Kini sebahagian anak-anak Melayu seolah-olah telah diracun bahawa yang lebih moden, lebih hebat, lebih bijak adalah orang Inggeris si bangsa penjajah. Kononnya segala macam ilmu pengetahuan adalah berasal dari sana dan kononnya kalau menguasai bahasa Inggeris menujukkan kebijaksanaan. Bahasa Melayu dan tulisan jawi makin kurang diketahui dan makin terpinggir . Pendek kata kita bukan lagi memperkasa bahasa Melayu kita malah telah memperkosanya apabila kita mencampur adukkan bahasa Melayu dengan bahasa inggeris!

Insyaallah perbincangan mengenai kegemilangan Melaka dan keupayaan bangsa Melayu dalam ilmu peperangan akan dibincangkan dalam topik yang lain kemudian. Masih banyak lagi yang tidak diketahui oleh masyarakat Melayu dan bukan Melayu di luar sana mengenai kehebatan bangsa Melayu dalam ilmu perang. sekian buat masa ini.