Thursday, June 30, 2011
tolong bawa aku ke baitullah
beruntunglah kamu jika kamu pernah menjejakkan kakimu ke tanah haram. kami disini adalah insan yang sentiasa berharap kesana namun masih tiada upaya... ada manusia yang boleh berlengah untuk kesana walau kudrat dan mampu sudah ada... kerna rezkinye melimpah dan punya pilihan bila untuk kesana.. namun kami hanya insan yang hny mampu menunggu untuk kesana...
aku hanya insan dikurniakan motosikal rg sport wej6120 yang stiap pagi susah nak dihidupkan.. namun aku amat bersyukur ya Allah kerna kau sanggup kurniakan aku tunggangan untuk kekelas berbanding hambamu yang hanya mampu menumpang kenderaan orang lain untuk kekelas.. berbanding hambamu yang terpaksa berjalan kaki ke kelas mreka..
aku cume insan yang terpaksa memakai seluar hampir 1-2 hari tanpa membasuh dek kurangnya seluarku.. namun aku amat bersyukur padamu ya tuhan kerna kau sanggup kurniakan aku sehelai seluar yang baik tanpa cacat berbanding hamba mu yang tak dapat membasuh seluarnya dek seluarnya yg hanya sehelai.
aku cume insan yang mampu mengajar anak orang untuk setitis ringgit bagi menampung hidupku. namun aku bersyukur padamu ya tuhan kerana kau masih mmbuka pluang rezki bagiku berbanding hambamu yang masih meminta rm1 dari ibubapanya hny untuk membeli air tin pada usia 23 tahun mereka.
aku cume insan yang hanya mampu menempah nasi goreng dan air kosong tika di kedai makan tanpa air mewah. namun aku amat bersyukur padamu Ya Karim kerana masih sudi mengurniakan aku rm5 untuk mnghapuskan laparku tika aku tiada dirumah untuk menjamah masakan ibuku.
Aku cume insan yang hanya nipis beg duitnya berbanding hambamu yang mlimpah ringgit di atmnya.. namun aku menangis bersyukur padamu ya Rahman kerna masih sudi mengurniakan aku rm7 untuk petrolku bagi aku bergerak kemana sahaja ya tuhan..
Aku cume insan yang dikelilingi sahabat dan kenalan yang pernah ke baitullahmu ya Allah.. mereka memijak tanah harammu... mereka melawat makam kekasihmu. mereka melontar keranamu.. mereka bersaie hanya untukmu. dan aku amat bersyukur ya karim kerana kau sudi kurniakan aku mmpi indah aku melawat baitullahmu dan mengerjakan umrah dalam mmpi lenaku. dapatlah aku menyentuh tak berasa kain kaabahmu.. dapatlah aku melihat makam kekasihmu tanpa tatapanku. dapatlah aku meminum zamzam mu tanpa hilang dahagaku...
sungguh maha pengasih kau ya rabbi... maha adil kau ya karim... tidaklah kau jadikan kami dengan sia2... Ya rasulullah.. jika kau tahu aku sedang menulis.. ketahuilah kau ya nabi bahawa aku merindui mu... hnya selawat dan salam mampu kukirimkan tanpa melawat makammu... jgnlah menidakkan aku sebagai ummatmu... kerana sampai waktu aku akan jejak ke makammu... memasuki gua hira' mu... bersembahyang di madinah mu... syafaatkan kami ya nabi... kerana tiada apa yang ada pada kami.. melainkan dosa yang menggunung tinggi..
bersyukurlah jika anda telah ke baitullah... bersyukurlah jika anda telah ke makam nabi.. ceritakanlah kisahmu kepada kami yang blom pergi... agar api semangat kami akan terus membara kesana... kami akan terus berharap satu hari nnti kami akan kesana...
Terima kasih Allah...
[luahan hati]
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment