Tuesday, June 21, 2011

hari yang lain...


hari isnin... 21 jun 2011.... banyak sungguh benda berlaku hari ni... dan semuanya baik2.. nak dikatakan camne aku stat hari ni..... aku gi kelas dgn tahap yg ngantok.. hari ni bermula pada 12am yakni aku mula menulis progress repot untuk final year projek pada 12.01am. tapi aku kena hanta pada petangnya jam 4pm. aku pn xyakin boleh siap.. dan aku xtau pn ape yg patut aku tulis.. dan aku xtau ape yg akan aku tulis.

tpi entah macammana aku laju menaip tanpa pelat dan isi untuk ditulis dalam repot mencurah2 tanpa henti.. sungguhpun mata aku ngntok tp perasaan seronok bkerja tiba2 datang. ajaib btol... dan aku dapat siapkan dalam masa 1 jam setengah... dan aku rasa isinya boleh tahan.. first time aku siapkan keje tanpa menggunakan budaya copy and paste.. susah ooo student xamalkan budaya ni..... impossible..

dipendekkan cerita aku bgn pagi dan dalam keadaan mengantok aku sambung touch up repot... kmudian jumpa supervisor dalam jam 9.45am... walaupun aku jnj dgn die kul 10. tp ntah la sejak dua menjak ni baru aku terasa aku btol2 amalkan budaya tepati masa yg walaupun dah lama di gasakkan dalam telinga aku mengenai budaya ni... perbincangan dgn supervisor sgt bagus dan lancar.

oh.. bosan ar dgr crite ni? tp perdu ceritanya bukanlah aku nak crite bnda2 ni... yg aku nak kongsi adalah kisah aku ke hospital. nak kata rapat dgn pesakit ni xdela rapat. rasanya xperlula aku cter detail pasal die... tp secara ringkasnya die adalah perempuan... aku pnah add fb die da die reject.. pada aku die knl aku tp die xnk tego dan aku xtau ape sebabnya. dan sumpah setahu aku kami xpernah bertegur lansung. so.... nak dijadikan cerita die ditimpa penyakit yg agak berat hingga diperlukan operate. aku dapat tau dari sorg kawan yg agak rapat dgn aku... dan kawan aku kabarkan die sedang koma.. siapa2 pn yg knl die akan terkejut kalau denga berita camni. agak tidak sangka bnda ni boleh berlaku pada die.

so hari ini dalam sejarah... aku ke hospital dan aku xtau knape aku perlu kesana.. sedangkan kami lansung xpernah bertegur sapa. dan aku rasa kehadiran aku xdialukan pon. tp kuasa Tuhan yg mengerakkan hati dan anggota ke sana. sesampai disana aku tatap bangunan hospital dan masih lagi xpercaya macammana aku boleh sampai ke sni.. aku melangkah cari ICU yang die ditempatkan. semakin dekat dgn icu aku perlahankan langkah takut2 ada kawan2 die ternampak aku.. niat aku hanyalah nak tgk dari jauh keadaan die... xde niat pn nak jenguk dan say "hai~~~~.. dah sihat~~~" xde ar... bkn camtu..

aku aim cuma nak tgk dari jauh keadaan die dan berdoa dalam hati.. tu je.. tp kuasa Tuhan jugak.... aku tergerak tegur ibunya dan perkenalkan diri.. kebetulan ada sorg kawan die dari Uniten jugak dan aku yakin Tuhan dah permudahkan urusan aku.. sbb kalau sorg2 mau aku nak masuk tgk... kekok kot. secara xsengaja aku berkenal dgn laki tersbut dan ibu pesakit izinkan kami kedalam. laki itu lead langkah kami dan aku menyusul sbb xtau pesakit dimana. sampai2 aku nampak pesakit dalam keadaan tidur (mungkin). kebetulan ayahnya ada dan aku hulurkan salam dan mulakan bual dgn ayahnya. cuba menselesakan ayahnya tanpa menanyakan soalan bodoh dan kurang selesa. dan sumenye lancar. tiba2 pesakit buka mata dan nampak aku.. aku pandang pesakit dengan mesej pandangan "aku datang dgn harapan kau takkan rasa malu aku datang. tapi aku datang kerana Allah"

die tenung aku.. aku alihkan pandangan.. supaya die selesa untuk lihat aku dan aku faham die pelik kenapa aku ada(kot). aku teruskan berbual dgn ayahnya.. ayahnya ade komplen ade xbekenan dgn kawan2 die yg ramai2 datang dan "kacau" dgn soklan yg xptut ditanya. sbb bnd ni akan menjejaskan rehatnya. jadi aku matikan harapan untuk jenguk die secara dekat melainkan melihat disebalik dinging kaca. sekali sekala die alihkan pandangan bila aku lihat padanya. kawan lakinya minta izin ayahnya ntuk masuk menjenguk. ayah nya dengan berat hati izinkan mungkin nak jaga hati... tp lihat dari gaya ayahnya macam xbekenan. aku pula cuba tunjukkan tanda2 xnk mntak izin masuk supaya suasana selesa.

aku hanya lihat laki itu cuba bercakap dgn pesakit. tapi tiba2 meter ICU tunjukkan degupan jantungnya meningkat.. tp xdela kritikal.. ada la dalam dari 96 naik ke 136.. tinggi gak tu oo.. die cuba mengatakan sesuatu pada laki tu. tpi macam doktor kata die xmampu. keluar saja laki tu aku tny

"ape respon"

"die nangis pulak la.. die macam nak kata smting tp xle", balas laki tu.

aku dapat rasa pesakit rasakan sesuatu dan aku xpasti ape yg cuba disampaikan. tp aku tetap rasa smting yg luar dari kebiasaan sbb degupan jantungnya naik tiba2. jauh disudut hati aku perkara ni jadi disebabkan hadirnya aku org yg tak dijangka2.. wallahualam.

aku truskan berborak dgn ayahnya... sekali sekala aku jeling kearahnya.. mukanya sayu.. mungkin mesej yg nak disampaikan tak tersampai. aku tau umurnya panjang. tanda2 die akan teruskan hidup nampak jelas.. anginnya masih ada... airnya masih ada. api dan tanah juga beransur pulih. mungkin 1 day bila die dah ok aku xtau apa akan jadi lepas tu. sungguhpun aku xde kene mngena lansung dgn hidup die tp aku xtau knpa aku boleh ada disitu.. tapi ape yg aku tau aku ada disitu kerana Allah.

kami keluar wad dan mula berborak dgn ibunya pula yg diluar ICU. mak nya nampak kekok.. aku cuba tegur adek2nya agar suasana lebih slesa. dan bgusnya taktik aku menjadi. maklumla... ibu mana yg xrespon bila ajak berbual tntang pelajaran anaknya. mungkin aku dah lama jadi cikgu so tergerak untuk menanyakan soklan camtu. dan semuanya selesa. ada skali mak nya terbit mengatakan

"blaja rajin2... dlu akak sihat blehla die ajakan.. skang kakak xshat.. "

maknya smbung lagi pada kami "kakaknya garang bila ngaja adek2"

aku kagum skejap. mmg btollah dun judge da book by da cover. pesakit ni mmg punyai peribadi yg baik disebalik "kesombongannya". sedarlah kita bahawa sungguhpun kita rasakan seseorang itu jahat, percayalah jauh disudut yg kita xtau mereka punyai sifat manusia yg baik sama seperti diri kita kalau kita perasan kita bagus. diringkaskan cerita aku minta diri dan sempat bersalam dgn sume. sambil melangkah hati aku berkata inilah pertama dan terakhir aku ke sni dan hanya doa aku aku tinggalkan disini.

sampai dilobi hospital aku termangu disofa. aku buka diari yg biasanya aku hny tulis hal2 rasmi tapi aku tulis pula hal peribadi. aku selak muka surat belakang diari dan menulis sesuatu. habis menulis aku termangu kembali. memikirkan hidup kita yg sgt singkat. aku tinggalkan selawat tibbil kulub dengan bacaan sekali sebelum aku mengangkat punggung dan berlalu meninggalkan hospital.

"hari yg penuh dgn perkara baik. dan aku yakin ini semua kerja Dia. Maha suci Tuhan yang mengerakkan yg hidup dan yg mati"

No comments:

Post a Comment