Wednesday, July 27, 2011

Hakikat yang ditemukan


1.55am..
dari kcik bercita2 untuk jadi sorang yg handal,... ditakuti... digeruni... dalam angan2 tu jgk macam2 bidang aku dah ceburi... cuba cari pengaruh... cuba cari geng... maklumla... time muda2 waktu tu kita salu jeles dgn mmber yg ade ramai geng..
especially kat skola dlu kan? lumrah je tu. aku pnh masuk ragbi... ,bola... macam2 lah... cume nak jadi somebody... jadi hamba kepada pengaruh dan takhta...

tapi harini seolah2 pencarian aku dah terhenti.. aku dapat lebih daripada tu... ilmu gerak yang mengalir dalam tubuh benar2 mngubah pendirian yg dah lama kolot dgn nikmat dunia. sikit demi sikit aku berubah.. pada awalnya mahu capai sberapa byk ilmu dan rahsia ilmu gerak... segalanya untuk jadi handal.. xde sebab lain... tapi anehnya.. makin jauh aku mlangkah... makin aku rasakan kehandalan yg ada semakin berkurang. aku mula rasakan bukan handal yg menjadi ukuran.

"gerak ni bukan gerak kita... ni gerak Dia.. jgn bongkak"

satu ungkapan yg xboleh dan xakan aku lupakan pada kali pertama aku duduk atas kain putih dan diijazahkan oleh seorang guru. ungkapan yg mmbuka mata hati yg buta dek nikmat duniawi. dari situ mulalah episod aku berguru. sehinggalah dikatakan khatam dalam pergerakan... mula berpindah ke peringkat mencari isi disebalik pergerakan.. mahukan yg aneh2.. tapi yg lebih aneh berlaku dari keanehan yg aku nakkan.

"bersilatlah sampai kenal tuhan.."

pesan guru aku setelah kami mula rapat dan mula mngenali antara satu sama lain. pada awal aku xpaham maksud tu... ye.. aku cuma paham dari segi ayat.. tpi hari ni baru aku seda isinya amat dalam. mmg benarlah silat itu hanya kulit tapi isinya adlah tauhid.

dan hari ni aku dah jumpa ape yg aku cari2 selama ni. aku lihat sekeliling... kawan2 aku.. kenalan aku.. mahupun manusia sebaya aku.. semuanya ade bidang masing2 selain akademik... ade suka hiking.. dan mereka pakar dalam hiking... boleh panjat bukit tanpa selipar.. kenal akar kayu... kenal jalan hutan tanpa signboard.. ade pula yg pandai bola... skill yg bagus.. sume org puji die bermain... jadi bahan bualan.. ade pula yg cantik/hensem dan ramai peminat... kemana die pergi sume tego... friend di fb hampir 4000++

masing2 dh mula ade identiti masing2... tapi aku? aku dah ada identii sendiri.. dan aku suke dgn apa yg aku ada skarang.. kalau mereka pandai hutan, pandai bola, baik rupa, ramai kawan, berharta, tapi aku bangga aku antra manusia yg punya ilmu yg mereka takde. ilmu gerak. ilmu ni aku boleh gunakan dimana saja... di titi.. di sungai... disejadah, di rumah orang.. apabila berdebat dgn ilmuan, dan byk lagi... ilmu ini membawa aku mengenali adab bangsa.. membentuk diri menjadi jejaka yg punya cara tersendiri dan mengenali adab ketimuran. tapi pada mereka yg handal hiking ilmu mereka hny boleh digunakan dihutan.. yg pndai bola ilmu mereka hny boleh digunakan dipadang. yg ramai kenalan sampai masa mereka akan hilang kenalan mereka.. fren 4000++ x lagi berguna dan bermanfaat pada mereka. tpi ilmu ini aku membawa aku kemana saja.. di jalan, dirumah, di pejabat, dimasjid, dalam gelap dan cerah, mahupun dalam pertempuran. kerana ilmu ini bukan hny skadar ilmu bunuh tpi ilmu menjadi hamba untuk Tuannya.

mereka berseluar khakis yg mahal, jeans tempah, bercermin mata hitam sambil berkereta, dan mereka berharta warisan ibu bapa yg mampu mmbeli dunia.. tapi aku berseluar jeans hasil belian di Giant, kemeja T lusuh warisan ayah dan abang.. tapi ilmu yg mengalir menjadikan aku lain dari mereka. menjadi layar yg kukuh membantu aku melayari dunia dan menuju akhirat.

mengajar aku tidaklah hak manusia mengadili manusia lain.. mengajr aku "boleh jadi orang alim mati di tandas.. boleh jadi penghisap candu mati dikatil." mengajar aku "sbenar2 masalah adalah tidak boleh kencing dan berak dan selain darinya bukanlah masalah".. mengajar aku "duit bukanlah matlamat tapi cuma alat untuk hidup".. mengajar aku "hak manusia hanyalah berusaha". dan menjadikan aku manusia berumur 23 tahun yg ada tidak diperasan orang ketika hadir dan tiada tidak dicari orang bila tiada. menjadikan aku mengenal bahwa "ikhlas adalah rahsia sgala rahsia". mengajar aku hakikat manusia itu hamba dan muhammad itu simbol kehambaan.

aku bangga.. hidup lbh tenang skarang... menjadi syukur dgn sgala yg ada... hikmah kegagalan yg Tuhan telah aturkan satu ktika dahulu yg pernah aku pertikaikan dah mula aku nampak. semuanya bagai diatur dan aku seolah tidak merancang apa2.

aku berterima kasih atas segalanya dari die.. Dia temukan aku dgn makna Berkat Guru, diiringi Keramat Ibu dan Hikmah serta Gagahnya Ayah sebagai benteng untuk hidup di bumi akhir zaman.

stiap manusia bahagiannya lain2... dan ini bahagian aku. aku xnk mintak lebih... ape yg dibagi aku trima.. hasil berguru aku kenal semuanya dan menjadi redha dgn segala yg diaturkan. mengajar aku cara bertutur dgn mulut dan penumbuk. menjadi kan aku tegas dan tidak garang. menjadikan aku anak yg tidak lagi mahu jauh dari ibu bapa yg meningkat tua. terima kasih atas segalanya..

*speechless ... ape yg aku nak cari dlu, tpi aku dpat lebih dari itu...




No comments:

Post a Comment