Tuesday, September 6, 2011

siapa aku...


Hidup kerana Allah.
tapi kadang2 kita tak faham ape maksud hidup kerana Allah.
Boleh lafaz.. tapi dalaminye blom tentu

Buat ibadat kerana Allah
boleh lafaz... tapi nak fahamkan btol2 blom tentu..

Makan untuk hidup atau hidup untuk makan?
Boleh lafaz jugak, tapi Hari Raya kita dalam 3 hari aje kita dah naik 3 kilo

Siapa kita....
Katanya hamba Tuhan
tapi perkataan macam xde tuhan
Tuturnya seperti tidak bertauhid.
Jiwa penuh keluh kesah
Dek bala akhir zaman Shiddatul Mu'nah

Siapa kita...
Katanya ummat Muhammad
tapi satu hari berbohong 5 kali
Mana datang sifat umat muhammad ?
sedang ummatnya bersifat siddiq dan amanah

"Jangan begitu, nabi xajar"
Katanya bagi menguatkn hujah
tapi selawat dibibirnya hanya dikala membaca tahiyat
Katanya cinta muhammad
tapi hakikatnya tuturan itu yang menjadi adat

"Siapa aku??"

No comments:

Post a Comment