Sunday, November 15, 2009

Perang Melaka-Portugis


Sejak di sekolah rendah kita diajar tentang kekalahan empayar Melayu Melaka ke tangan bangsa Portugis pada tahun 1511. Tidakkah anda tertanya-tanya mengapa begitu mudah empayar sebesar dan segagah itu telah tumbang, seolah-olah tiada langsung perlawanan. Buku-buku rujukan sekolah hanya memberitahu bahawa sebab utama kekalahan kita ialah persenjataan yang tidak seimbang. Kononnya bangsa kita hanya berjuang dengan keris, pedang dan lembing sahaja. Tambahan lagi kononnya Melaka tiada senjata mariam dan senjata api jika adapun ianya tidak setanding dengan Portugis. Betapa bebalnya orang melayu yang yang tidak mengenal mariam dan senjata api. ini antara tektik penjajah mahu meracuni bangsa Melayu, kononnya lemah, tidak berpengetahuan dan bodoh.



Masakan tidak! sebuah empayar yang besar dan sangat terkenal bukan sahaja di Asia malahan seluruh dunia tidak mengenali senjata api? Sedangkan bangsa pertama yang diketahui mencipta bahan bakar senjata api ialah bangsa Cina dan bangsa Cina telah menjalankan kegiatan perdagangan dengan Kawasan Nusantara sejak awal kewujudan tamadun mereka lagi. Manakala bangsa Arab yang terkenal membangunkan senjata api yang diambil teknologinya dari China itu juga diketahui umum sudah menjalankan dan perdagangan dengan Kerajaan-kerajaan Nusantara sejak sebelum Kelahiran nabi Muhammad lagi. Mana mungkin kerajaan yang di kagumi oleh orang-orang eropah yang mengatakan bahawa Melaka lebih kaya daripada Venice tidak mempunyai maklumat atau pengetahuan langsung mengenai senjata api. itu tidak masuk akal!!!

Sebenarnya persoalan ini sudah lama bermain di minda saya, seingat saya ialah sejak saya sekolah rendah lagi. Jika anda masih ingat di sekolah rendah kita diajar oleh guru bahawa Melaka kalah hanya kepada 1300 orang tentera Portugis sedangkan Melaka mempunyai lebih daripada 20 000 tentera termasuk tentera upahan dari seluruh pelusuk Asia. Sewaktu di sekolah menegah pula saya pernah bertanya kepada salah seorang guru sejarah, bagaimana Melaka boleh kalah, dan jawapanya ialah keranan orang Melayu zaman itu tidak ada pengetahuan dan tiada senjata api maka dengan mudah Portugis mengalahkan kita...bagi saya jawapan itu amat jahil bagi seorang guru! Maaf jika saya kurang hajar disini tetapi sememangnya kebanyakan guru sejarah di Malaysia ini sebenarnya agak buta sejarah rupanya. Mungkin mereka hanya mengajar sejarah kerana terpaksa dan tidak kisah samaada fakta sejarah itu benar atau salah, bak kata pepatah bagai melepaskan batuk di tangga.

Seorang lagi guru sewaktu saya berada dalam tingkatan enam pernah mengatakan bahawa betapa bodoh dan jakunnya orang Melayu pada zaman Melaka, kerana sewaktu Portugis menyerang dengan meriam mereka, orang Melayu Melaka amat terperanjat dan mengaggap orang Portugis menggunakan sihir. Menurut beliau lagi, beliau membaca kisah tersebut di dalam hikayat Hang Tuah. Bagi saya, Hikayat Hang Tuah bukanlah sebuah karya sejarah yang mutlak kerana ia adalah karya historical -fictif. Kebanyakan daripada isi kandungan Hikayat tersebuat adalah mitos dan lebih kepada sebuah karya satera dan bukan karya sejarah. Malahan sebenarnya ilmu masyarakat melaka mengenai senjata api adalah setanding dengan orang barat. hal ini dapat dibuktikan dengan catatan Portugis sewaktu berlakunya perang melaka. Menurut catatan ini selepas Melaka berjaya ditawan, tentera Portugis telah berjaya merampas lebih kurang 3000 pucuk senjata api yang berupa meriam, lantakas, istinggar dan bermacam-macam lagi. Alfonso de Albuquerque juga dikatakan telah merampas sebuah meriam yang sangat besar serta mengagumkan dan meriam ini telah diberikan sebagai hadiah kepada raja kerajaan india yang telah membantu Portugis dalam serangan ke atas Melaka.


Persoalan yang timbul dan perlu dikaji amat banyak. adakah cara berperang masyarakat Melayu zaman itu betul-betul barbarian? kalau cara barbarian, bagaimana dapat mewujudkan empayar yang sekuat itu sehingga diakui oleh negara China dan dapat mengalahkan serangan Siam (Thai). Ingin saya beritahu disini bahawa Pada zaman Dinasti Ming China, Maharaja China telah menerima kedatangan sultan Melaka iaitu sultan Muzaffar Syah dan melayan baginda dan seluruh ahli rombongan mereka demgan layanan yang amat grand. selain itu catatan China juga ada menyatakan bahawa Maharaja China menghadiahkan cop mohor,Jubah Kuning Maharaja dan Payung Obor-obor sebagai tanda menerima kedaulatan Melaka dan Sultannya. Sultan Melaka juga dihantar pulang dengan hadiah yang berupa sutera, emas perak dan sebagainya.

Hal ini menunjukkan bahawa Kerajaan Melayu Melaka pada waktu itu adalah sebuah kerajaan yang amat penting, kaya dan bertamadun. Jika tidak masakan kerajaan China sanggup melayan sebuah kerajaan dan bangsa yang dikatakan barat sebagai tidak bertamadun dan barbarian. Seperti yang kita tahu, Maharaja China mempunyai pandangan yang amat berbeza dan rigid dalam membezakan diantara sebuah bangsa bertamadun dan bangsa barbarian, malahan orang eropah pada zaman dinasti Qing dinggap sebagai bangsa yang tidak bertamadun malahan Kerajaan China tidak membenarkan sebarang hubungan dengan mereka. Selain itu Melaka juga adalah tanah naungan kerajaan Turki Uthmaniah diakui sebagai penguasa sebelah timur, juga bertindak sebagai penyebar agama Islam. dikatakan kerajaan turki ada mengirim bantuan, tetapi sayang dihancurkan di lautan sebelum sampai ke Melaka!


terlalu banyak rahsia bekas kerajaan silam yang telah dan masih perlu dicari demi membuktikan bahawa ummat Melayu Nusantara adalah bangsa yang amat hebat di zaman silam. bangsa Melayu adalah satu bangsa yang amat mahir dengan dunia pelayaran dan amat pandai bermain dengan lautan. Bangsa Melayu memiliki kapal besar yang mampu belayar di lautan lepas. bangsa Melayu cukup mahir dengan ilmu di lautan seperti rahsia penentuan utara, selatan, timur dan barat. begitu juga dengan rahsia tiupan angin.


Kini sebahagian anak-anak Melayu seolah-olah telah diracun bahawa yang lebih moden, lebih hebat, lebih bijak adalah orang Inggeris si bangsa penjajah. Kononnya segala macam ilmu pengetahuan adalah berasal dari sana dan kononnya kalau menguasai bahasa Inggeris menujukkan kebijaksanaan. Bahasa Melayu dan tulisan jawi makin kurang diketahui dan makin terpinggir . Pendek kata kita bukan lagi memperkasa bahasa Melayu kita malah telah memperkosanya apabila kita mencampur adukkan bahasa Melayu dengan bahasa inggeris!

Insyaallah perbincangan mengenai kegemilangan Melaka dan keupayaan bangsa Melayu dalam ilmu peperangan akan dibincangkan dalam topik yang lain kemudian. Masih banyak lagi yang tidak diketahui oleh masyarakat Melayu dan bukan Melayu di luar sana mengenai kehebatan bangsa Melayu dalam ilmu perang. sekian buat masa ini.


Warga tua..... Perlukah dipandang sepi?


Warga tua memang dipandang sepi pada hari ni... anak muda sebaya dengan aku selalu saja dilihat menengking orang tua da sebagainya.. hai... aku pun xdela baik sangat.. tapi dalam Malaysia negara yang merdeka ni, warga tualah yang bersusah payah untuk dapatkannya. Benarlah kata orang.. mendapatkan suatu kejayaan bukanlah susah.. yang susah adalah bagaimana nak mengekalkan kemengan tu.

Sejak aku kecil aku suka lagu ni.. sentiasa terngiang2 di telinga.. tapi saat aku berumur 21 tahun aku jumpa balik lagu yang aku suka sejak aku berusia 4 tahun lagi.

Warga tua teras masyarakat
Hidup lama penuh jasa setia
pada negara
mendidik anak dan cucu ke arah matlamat kita.

lama sudah kau hidup teruji
penuh ranjau dan rintangan untuk
kemerdekaan
kitalah pewarisnya didalam negara bertuah

korban jiwa untuk keluarga
masyarakat dan juga nusa
bagai obor dan pelita
berkhidmat bakti berjuang
dimana jua berada

Wahai anak bunga bangsaku
hargailah jasa ibumu
patuhilah pesan ayah
titah kasihnya dijunjung
dirumah dan dimana jua

video

Its good to be back - Terengganu


Hmmmm... lama tak jejak tanah bertuah ni... dulu skali penah la jejak masa tahun 2007.. Tak teringat pula nak kembali.. tapi tahun 2009 aku kembali jejak ke negeri ni..

Negeri ni rasa smting la.. taktau nape.... ada jawapan tak kawan2? Tahun 2007 agak happening bila datang sini. tapi berbeza pada tahun 2009. banyak yang takde... aku datang sekadar nak menjenguk sahaja... maklumlah.. sedar tak sedar setiap akhir tahun sejak masuk Universiti aku pasti akan merantau ke mana2 negeri... tahun 2007 bermula dengan terengganu.. sangat best... hoh.... macam2 aku buat masa tu... pegi sana pegi sini..

kemudian perjalanan yang paling best adalah pada tahun 2008 iaitu aku dan sahabat-sahabat lama berkunjung ke melaka meneliti adat resam kesultanan melayu melaka suatu ketika dulu.. kami juga sempat melihat semua tapak peninggalan dan warisan kesulatanan melayu melaka pada tahun 2008. Inilah perantauan dan perjalanan yang paling menarik pada aku... bangga rasanya dapat berpijak pada tanah yang dulu nya pernah dilangkah oleh 5 lagenda pahlawan melayu melaka. Sempat juga berkunjung ke istana melaka dan merasakan sendiri bayangan zaman kesultanan melayu melaka. Darah silat agaknya yang membawa aku kesini. Sempat juga berpijak di tanah Gunung Ledang yang mana tempatnya Laksamana Hang Tuah membawa perkhabaran tidak gembira kepada Penghuni Gunung yang ingin dipinang oleh Baginda Sultan Melaka. Terdetik sekali lagi dalam hati adakah tanah gunung ledang yang aku pijak pada waktu tu pernah juga dipijak oleh pahlawan melaka yang tersohor.. Obsesnya aku pada kepahlawanan melaka memang tak boleh disorokkan lagi...

Berbeza pula dengan tahun 2009. aku kembali semula ke Terengganu dan melihat semula negeri yang pernah aku tinggalkan 2 tahun lps... hmmmm... banyak dah berubah... tapi hati tetap gembira juga.

Tahun dpan? mana pula destinasi aku?? hmmmm... aku rancang nak ke utara pula... melihat peninggalan kerajaan Kedah Tua yang pernah menjadi antara kerajaan melayu terkuat pada masa dahulu selepas Melaka. Aku juga merancang untuk ke Pulau Pinang untuk melihat sendiri misteri tapak peninggalan Perang Dunia Kedua yang penah digunakan oleh tentera jepun yang pernah menjajah tanah melayu.

Sekarang aku mula mengkaji kronologi peristiwa 13 Mei dengan lebih mendalam. Baru aku membeli buku yang bertajuk "13 Mei sebelum dan selepas" karya Almarhum tunku Abdul Rahman Putra Al-haj bapa kemerdekaan. ada pendapatnya yang aku tak setuju dalam penulisannya terutama bila beliau mengatakan pejuangan PAS pada tahun itu yang terlalu mementingkan dasar ISlam adalah kolot dan sempit.. Yang lain aku amat tetarik dengan ceritanya yang menceritakan kronologi dan sebab mengapa dan punca peristiwa berdarah terbesar ni berlaku. Asyik denga cerita orang elok juga aku denga dari "mulut" Tunku sendiri. Mungkin terjawablah soalan aku benarkah masa 13 mei berlaku Tunku siap boleh main mahjung lagi.. sape tau???

Monday, November 2, 2009

Kerana Cinta



cinta itu cahaya sanubari
kurniaan Tuhan fitrah insani
dan di mana terciptalah cinta
di situ rindu bermula

cinta itu tak pernah meminta
tetapi memberi sepenuh rela
rasa bahagia biarpun sengsara
berkorban segala-gala

semua kerana cinta
yang pahit manis di rasa
menghibur nestapa
merawat duka
damai di jiwa
terpadamlah api benci permusuhan
terjalinlah kasih sayang begitulah cinta
yang diidamkan tanpa nafsu yang mencemarkan

dan jangan kita pula
kerana bercinta kita pun leka
dan jangan pula kerana bercinta
tergadai semua maruah agama

cinta yang sejati
hanya cintakan illahi
cinta ayah bonda
tulus suci selamanya
cintakan saudara

hanya sementara
serta sesama insan
suburkan dengan ketakwaan..